Gemersik pagi itu
Hanya aku yang tahu
Memecahkan keheningan alam
Sayup sayup berkicauan anak anak burung berkejaran
Anak muda kecewa kerana tewas peperangan
Tewas dalam perasaan
Berkecamuk dan usang di jiwa
Kosong tanpa rasa
Kini semuanya kosong dimarahi ombak dan tuhan!